Isnin, 21 Februari 2011

ADAKAH KITA SEORANG PENDAKWAH,DAEI @PEJUANG ISLAM?

KITA SEORANG PEJUANG ISLAM,PENDAKWAH DAEI?

Kalau ini menjadi amalan kita

Kita seringkali  melewatkan solat dan jarang sekali melakukan solat Jamaah

Kita sering terlupa membaca Al-Quran dengan beralasan sibuk dan membacanya
sesekali setelah berlalu berhari-hari

Kita kurang memberi perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan

Kita sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta
kerap menangguh-nangguh amal dan taubat

Kita cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain

Rumah menjadi sarang syaitan, kosong dari gema Al-Quran, hambar dari ruh ibadat dan sunnah, penuh dengan maksiat, hiburan, tayangan-tayangan televisyen yang merosakkan akhlak

Kita sering dikuasai emosi dan marah sehingga membelakangkan keadilan, kebenaran atau kebaikan orang lain

Kita jiwa dirajai dengan benci, suka bermusuhan, sukar memaafkan, keras, kasar

Kita mencari-cari alasan bagi mengharuskan terjerumus dalam riba, memandang remeh dan tidak sensitive dengan perkara yang haram maupun syubhat dalam muamalat

Kita tidak rasa pentingnya infak, tiada peruntukan untuk dana dakwah kecuali sekali sekala malah zakat (selain zakat fitrah)pun sering terabai

Kita  hidup boros, tidak membudayakan tabungan, suka membuat pinjaman dan tidak mengurus kewangan secara berhemah

Kita menunggu, menanti, mengharap keajaiban dan kebetulan dalam usaha menjayakan dakwah .

Tiada ulasan: