Ahad, 26 Julai 2009

Wasiat Mujahid Agong As-syahid Imam Hassan Al-Banna

1.Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fasih kerana ia merupakan satu satu syiar islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

Sabtu, 27 Jun 2009

SABRA DAN SYATILA DALAM KENANGAN

Pada 11 September 1982, Menteri Pertahanan Israel Ariel Sharon, arkitek kepada penjajahan Israel ke atas Lubnan telah mengumumkan bahawa terdapat lebih daripada 2000 orang pengganas masih berada di kem-kem pelarian Palestin di sekitar Beirut, Ibu Negara Lubnan. Bagaikan agenda drama yang kemas dirancang, Presiden Lubnan Bashir Gemayel, telah dibunuh apabila ibu pejabatnya telah diletupkan dengan bom oleh sekumpulan bersenjata pada 14hb September. Beliau merupakan Ketua Parti Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat Israel. Pada 15hb September 1982, tentera Israel telah menguasai Beirut Barat dengan mengelilingi serta mengunci mati laluan ke kem Sabra dan Shatila yang padat diduduki oleh pelarian Palestin dan orang awam Lubnan.Pada sebelah petangnya, kem-kem pelarian ini telah dikelilingi sepenuhnya oleh kereta kebal dan tentera Israel yang menjaga setiap laluan keluar masuk kem-kem ini dalam rangka memantau setiap orang yang keluar atau masuk ke kem. Laluan ini telah ditutup sepenuhnya pada lewat petang. Keesokannya 16hb September, Ariel Sharon dan Ketua Turus Tentera Israel telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Unit Militia Phalangist Lubnan, mengundang mereka masuk ke kem pelarian Sabra dan kem Shatila untuk membersihkan ‘sarang pengganas’. Mesyuarat tersebut berakhir pada 3 petang.Lewat petang 16hb September 1982, lebih kurang 150 orang unit pertama Militia Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat Israel masuk ke kem pelarian bersenjatakan senapang, pisau dan kapak masuk ke kem pada jam 6.00 petang. Mereka terus membunuh orang-orang awam terutamanya pelarian ini dengan mengelar leher mereka, membunuh dengan kapak serta menembak mereka. Ramai di kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan ini telah dirogol bergilir-gilir terlebih dahulu. Pada malam yang sama, pasukan tentera Israel menerangkan kawasan kem dengan cahaya api yang membakar menyebabkan kawasan tersebut terang benderang seumpama stadium bola sepak, menurut saksi yang terselamat dari insiden tersebut.Dalam masa beberapa jam pertama itu sahaja mereka telah merogol, membunuh dan mencederakan ramai orangorang awam yang kebanyakannya adalah pelarian Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang telah dikepung di dalam kem-kem tersebut. Pada jam 11.00 malam, satu laporan telah sampai ke ibu pejabat tentera Israel di Beirut Timur yang mengatakan sekurang-kurangnya 300 orang telah dibunuh dalam tempoh 5 jam pertama. Di antara 36 hingga 48 jam kemudiannya, Militia Phalangist telah membunuh kebanyakan penduduk yang menghuni kem pelarian tersebut sementara tentera Israel mengawal laluan keluar kem dan terus memberikan sokongan yang maksimum terhadap pembunuhan ini. Pada Jumaat 17 September, laluan ke kem Sabra dan kem Shatila masih ditutup namun ada beberapa pemerhati bebas berjaya melepasi sekatan ketat tentera Israel.Di kalangan mereka adalah seorang wartawan dan seorang pegawai diplomat dari Norway, Gunnar Flakstad yang menyaksikan operasi pembersihan yang dijalankan oleh Militia Phalangist yang sedang membuang mayat-mayat dari rumah yang musnah dihancurkan. Militia Phalangist tidak keluar dari kem pada jam 5 pagi Sabtu 18hb September sebagaimana yang diarahkan. Mereka terus melakukan pembunuhan sehinggalah mereka meninggalkan kem Sabra dan kem Shatila pada jam 8.00 pagi 18hb September 1982.Para wartawan asing dibenarkan masuk ke dalam kem pada hari Sabtu, jam 9.00 pagi 18hb September yang menyaksikan ratusan mayat masih bergelimpangan di sekitar kawasan kem dan banyak di kalangan mayat ini yangdikelar-kelar anggota badannya.Diantara kata-kata saksi pelarian Palestin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:-• ”Tentera-tentera tersebut pergi dari satu rumah ke satu rumah dan memberikan amaran akan meletupkanrumah sekiranya mereka tidak keluar dari persembunyian.”• ”Ada saksi yang terselamat mendengar bahawa tentera Phalangist memberitahu satu sama lain supayamenggunakan kapak sahaja kerana bunyi senapang akan menyebabkan orang ramai sedar dan akan melarikandiri.”• "Mereka membunuh abang ipar saya di depan mata kepala saya sendiri, saya melihat mereka menembak kepadaorang ramai. Mereka membunuh kesemuannya dan saya terus melarikan diri" Tidak diketahui jumlah yang terbunuh secara tepat kerana sumber rasmi dari Israel mengumumkan bahawa ‘hanya’ 700 orang awam terbunuh. Sumber rasmi dari Lubnan pula menjangkakan kira-kira 1900 orang awam terbunuh. Manakala sumber berita Palestin pula mengatakan bahawa di antara 3000-3500 orang pelarian Palestin telah dibunuh, 1000-1500 telah hilang dan kira-kira 1000 orang yang lain telah melarikan diri.Siapakan arkitek tragedi Sabra dan Shatila ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ariel Sharon yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Beliaulah pemimpin pengganas yahudi yang pernah berkata,• ”Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang palestin dari Gaza dan Tebing barat keJordan."» (New York Times, 17hb Mei 1982)• "Orang Arab yang baik adalah orang Arab yang telah mati”» (Ha'aretz, 25hb Februari 1983).• “Saya merasa sedikit kesal terhadap tragedi tersebut tetapi kenapa perlu saya memohon maaf atau merasa bertanggungjawab terhadapnya”» (“The Accused” BBC- Panorama, 17/6/2001 ).Kini September 2007, tepat 25 tahun setelah berlalunya tragedi hitam Sabra dan Shatila. Kem Shatila kini dihuni oleh lebih 30 ribu pelarian Palestin merupakan penempatan pelarian yang ke tujuh terbesar di Lubnan daripada keseluruhan pelarian palestin di Lubnan yang kini berjumlah melebihi 500 ribu orang. Rata-rata mereka hidup dengan penuh kepayahan dan keperitan. Bekalan air dan elektrik adalah dalam keadaan yang minimum di penempatan yang sempit lagi dhaif ini. 80 peratus dari kalangan mereka adalah miskin dan terpaksa saban hari mengikat perut kelaparan. Hanya 14 peratus di kalangan remaja anak-anak pelarian ini berjaya menamatkan persekolahan menengah mereka dan majoriti yang dewasa adalah penganggur kerana mereka dinafikan dari memiliki hak-hak asasi mereka termasuk bekerja di 72 bidang pekerjaan di Lubnan.Oh Sabra dan Shatila....bilakah sinaran mentari baru akan menerangi hidupmu?Dr Zainur Rashid Zainuddin,Catatan perjalanan(Sabra dan Shatila 20-23hb Jan 2007 & 13-20hb Mei 2007)

Selasa, 23 Jun 2009

TAZKIYYATUN NAFSI

Untuk ingatan bersamaMendidik hati merupakan perkara yg paling penting didalam proses untuk menjadi orang mukmin yang bertaqwa .Semua lapisan masyarakat tidak terlepas dari tanggungjawab tersebut, sama ada golongan miskin, kaya, pemimpin rakyat, tua atau muda.
Tiga proses yg mesti ditempuhi ialah :
1. Takhalli( Membersihkan diri dari segala sifat-sifat mazmumah )
2. Tahalli (Menghiasi diri dari dengan segala sifat-sifat mahmudah)
3. Tajalli (Merasai hasil dari mujahadah)
Di antara kejernihan hati yg lahir di tgh-tgh kehidupan orang yang memiliki hati yang jernih ialah: .
• Spontan timbul rasa malu kepada Allah kerana terasa diawasi dan diperhati oleh Allah Ta’ala
• Spontan timbul rasa takut dan hebat kepada Allah kerana terasa berada di dalam kekuasaan Allah Ta’ala. Terasa pada hatinya Allah boleh berbuat apa sahaja pada dirinya seperti miskin, sakit, mati dan seumpamanya.
• Spontan rasa berdosa dan menangis seorang diri ketika keseorangan kerana takut dosa dosanya tidak diampun oleh Allah.
• Tidak menangguh- nangguhkan urusan dengan Allah seperti mana menjalankan syariat- Nya.
• Kalau ia mendapat kejayaan atau nikmat hatinya sentiasa terasa bahawa ia semua adalah pemberian Allah bukan kemampuan dirinya sendiri.
• Bila mendapat pujian hatinya tidak senang sbb pujian itu tidak layak utk dirinya dan ia boleh merosakkan rasa kehambaannya.
• Tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan bala ujian Hati kehambaannya sentiasa merasakan dirinya serba kekurangan dan mengharapkan bantuan dr Allah.
• Ketika berhadapan dgn seorang yg memarahinya dia tidak melawan dgn sikap marah dan tidak lawan bertengkar sekalipun dia benar.
• Beramal dan beribadah betul-betul kerana Allah bukan mendapat pujian, sanjungan dan syurga atau takutkan neraka ttp demi rasa kehambaan yg menebal di sanubari dan banyak lagi kejernihan hati yang dimiliki oleh orang yang telah dapat mendidik hatinya.

TELERAI SUDAH KERESAHAN HATI

Kira-kira jam 6:00 petang 22June 2009 Pas telah menyelesaikan kemelut di dalam partinya mengenai salah faham mengenai unity government khususnya antara Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa.Satu kenyataan dikeluarkan oleh Nik Aziz yang menjelaskan bahawa isu unity government telah tidak berbangkit lagi. Isu berkenaan dikira tutup buku. Sehubungan itu beliau juga telah menarik balik bidasan pedih yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharudin sebelum ini. Penarikan balik itu menunjukkan Tok Guru itu bersedia mengaku salakira-kira jam 6:00 petang pula Pas telah menyelesaikan kemelut di dalam partinya mengenai salah faham mengenai unity government khususnya antara Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa.Satu kenyataan dikeluarkan oleh Nik Aziz yang menjelaskan bahawa isu unity government telah tidak berbangkit lagi. Isu berkenaan dikira tutup buku. Sehubungan itu beliau juga telah menarik balik bidasan pedih yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharudin sebelum ini. Penarikan balik itu menunjukkan Tok Guru itu bersedia mengaku salah atas apa-apa tindakan beliau yang dianggap kurang manis dan terlajak sebelum ini.Dalam kenyataan empat perenggan yang dibacanya sendiri berbunyi;"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno."Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair."Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan."Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."Apa yang manis dan membanggakan di sini ialah apabila beliau bersedia meralat semula kenyataan beliau berhubung dengan Nasharudin. Sudah pasti kenyataan dan keesediaan Tok Guru menarik balik kenyataannya itu dialu-alukan oleh semua orang. Sikap terbuka dan gentlemen Tok Guru itu menambahkan lagi intergriti beliau sebagai Mursyidul Am Pas dan selaku penasihat kepada jemaah Islam. Di sinilah ketinggi moral Tok Guru Nik Aziz yang jarang dapat dilakukan pemimpin lain.Dalam pada itu Nik Aziz juga telah memperbetulkan semula satu lagi kesilapan yang dianggap melampau oleh golongan tertentu di Kelantan yang melarang mana-mana pemimpin Pas yang menyokong idea unity government daripada menghadiri diri pada pilihan raya kecil Manik Urai.Permintaan Nik Aziz supaya semua pemimpin Pas ramai-ramai ke Manik Urai itu menjelaskan larangan yang dikenakan ke atas pemimpin tertentu itu tidak sah dan ianya dibuat tanpa pengetahuan Nik Aziz selaku Pesuruhjaya dan ianya pandai-pandai pemimpin tertentu saja. Mereka yang bertanggungjawab membuat 'arahan' itu seharus memohon maaf kepada Tok Guru dan juga pemimpin yang dimaksudkan agar tidak hadir di Manik Urai.Mudah-mudahan dengan dua peristiwa hari ini ia mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Selepas ini hendaknya semua pemimpin tidak lagi bercakap mengenainya dan tidak lagi akan melayan mana-mana pihak yang cuba membangkitkannya walau dalam keadaan apa sekalipun. [wm.kl. 11:00 pm 22/06/09] h atas apa-apa tindakan beliau yang dianggap kurang manis dan terlajak sebelum ini.Dalam kenyataan empat perenggan yang dibacanya sendiri berbunyi;"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno."Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair."Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan."Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."Apa yang manis dan membanggakan di sini ialah apabila beliau bersedia meralat semula kenyataan beliau berhubung dengan Nasharudin. Sudah pasti kenyataan dan keesediaan Tok Guru menarik balik kenyataannya itu dialu-alukan oleh semua orang. Sikap terbuka dan gentlemen Tok Guru itu menambahkan lagi intergriti beliau sebagai Mursyidul Am Pas dan selaku penasihat kepada jemaah Islam. Di sinilah ketinggi moral Tok Guru Nik Aziz yang jarang dapat dilakukan pemimpin lain.Dalam pada itu Nik Aziz juga telah memperbetulkan semula satu lagi kesilapan yang dianggap melampau oleh golongan tertentu di Kelantan yang melarang mana-mana pemimpin Pas yang menyokong idea unity government daripada menghadiri diri pada pilihan raya kecil Manik Urai.Permintaan Nik Aziz supaya semua pemimpin Pas ramai-ramai ke Manik Urai itu menjelaskan larangan yang dikenakan ke atas pemimpin tertentu itu tidak sah dan ianya dibuat tanpa pengetahuan Nik Aziz selaku Pesuruhjaya dan ianya pandai-pandai pemimpin tertentu saja. Mereka yang bertanggungjawab membuat 'arahan' itu seharus memohon maaf kepada Tok Guru dan juga pemimpin yang dimaksudkan agar tidak hadir di Manik Urai.Mudah-mudahan dengan dua peristiwa hari ini ia mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Selepas ini hendaknya semua pemimpin tidak lagi bercakap mengenainya dan tidak lagi akan melayan mana-mana pihak yang cuba membangkitkannya walau dalam keadaan apa sekalipun. [wm.kl. 11:00 pm 22/06/09]

Isnin, 22 Jun 2009

KASIH DAN MENGASIHI KERANA ALLAH

Kasih Ku..

Salam perjuangan...Sedikit perkongsian bagaimana hati mu yang sentiasa ingin mendekati kasih Ku..
1. Mempunyai rasa suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan...Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi....Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia suka untuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanahairnya menuju kediaman kekasihnya agar dapat menatapi wajah kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian. Hadis riwayat Ubadah bin Shamit ra.: Bahwa Nabi saw. bersabda: "Barang siapa menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah akan menyukai pertemuan dengannya, dan barang siapa yang tidak menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah tidak akan menyukai pertemuan dengannya" [Sahih Muslim : 4844 ]"Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah ,ikutilah aku ,niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu ".( Q.S; Ali-Imran : 31 ).
2. Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seseorang menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar. Firman Allah, ertinya: ? mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutama (yang lain) berbanding dirinya sekalipun merekapun mempunyai keperluan tersendiri?.
3. Tenggelam dalam zikirullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan banyak mengingatinya. Oleh kerana itu antara tanda-tanda kasihkan Allah, suka mengingatinya (zikir), sukakan al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.
4. Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepada Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepada-Nya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebin baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kasih sayangnya ??
5. Tidak bersedih diatas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.
6. Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau kepenatan. Kata al-Junaid: ?Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan aktiviti. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah?.
7. Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah: ertinya: ?Orang-orang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka?. Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah.
8. Kasihnya itu disertai takut dibawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang menyangka takut itu betentangan dengan kasih. Sebenarnya itu tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Pertamanya: Takutkan beralih cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut menjauh diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w ertinya: ?Hud telah memutihkan kepalaku? . Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah s.a.w ketika mendengar potongan ayat . Ertinya: Alangkah jauhnya kaum Thamud? ?Alangkah jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaun thamud?.Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka.Saudaraku? adakah anda ingin menggapai cinta Allah ? Beriltizamlah dengan amalan-amalan fardhu dan tambahkanlah dengan bekalan-bekalan sunat. Ikutilah jejak langkah Nabi s.a.w. jadilah orang yang bermanafaat untuk orang lain. Sertai mereka di dalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka. Berikan khidmat untuk mereka. Isikanlah hajat dan keperluan mereka. Masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka.Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu.

Ahad, 21 Jun 2009

SEMOGA SINAR ESOK CERAH DAN KEKAL KEAKHIRNYA

Isu Unity Government

ESOK akan berlaku dua mesyuarat penting. Keduanya akan memberi tumpuan kepada isu yang berjaya diombakkan oleh UBN, iaitu idea unity gorvenment. Pada sebelah siang akan berlangsung mesyuarat pimpinan tertinggi parti-parti gabungan Pakatan Rakyat.

Sudah pasti mesyuarat ini akan membincangkan isu berkenaan. Abdul Hadi Awang yang ditunding sebagai bersalah dan pembawa masalah dalam Pakatan kini bersama Nasharudin Mat Isa akan menjelaskan mengenai isu berkenaan. DAP nampaknya beriya-iya untuk mengetahui apakah bendanya idea unity government itu.

Walaupun kita percaya DAP sudah mengetahui mengenai maksud idea berkenaan tetapi parti itu seakan enggan menerima dan seolah-olah buta daripada mengetahuinya kerana ianya tidak diberi tahu secara rasmi. Lim Guan Eng mendakwa Pas tidak pernah memaklumkan kepadanya, walaupun Lit Kit Siang memberi gambaran dia sudah faham maksud idea berkenaan.

Hendaknya Abdul Hadi akan menjelaskan secara berterus terang dan konprehensif atas semangat Pakatan Rakyat. Penyokong dan ahli dibawah ingin mengetahui sejujurnya. Abdul Hadi juga perlu tegas mengenai idea ini kerana itu adalah haknya. Sesiapa pun boleh melontarkan idea untuk dibincangkan sebagai strategi parti, tidak menjadi masalah.

Sebaliknya dalam konteks hari ini setelah isu itu menjadi kontroversi apakah ianya relevan diteruskan atau pun sebaliknya? Penjelasan yang tuntutan mengenai hal ini diperlukan agar ianya tidak ditafsirkan dengan berbagai maksud dan pengertian negatif apa lagi dicuri kesempatan oleh pihak lawan Pas dan Pakatan Rakyat.

Kalau Abdul Hadi tegas mahu meneruskan seperti mana yang dikatakan, - untuk mengadakan rundingan politik dengan sesiapa saja demi negara bangsa itu adalah haknya. Sebagai presiden, Abdul Hadi tidak perlu tunduk kepada sesiapa. Itu adalah bidang kuasanya yang mutlak. Kalau Anwar Ibahim boleh membawa idea 16 September sebelum ini kenapa tidak dengan beliau mengemukakan apa-apa gagasan alternatif dari umbi pemikirannya? Apakah standard Abdul Hadi dengan Anwar sebagai Penasihat PKR berbeza?

Pemain politik baru kena baca sejarah dan ingat DAP juga pernah membuat tindakan politik meninggalkan Pas pada satu masa dulu apabila parti itu menghitung Pas tidak memberi kebaikan kepadanya. Tindakan itu tidak berdosa kerana dalam mencari kemenangan politik, bukan kemenangan mencapai keredhaan Alllah parti politik boleh lakukan apa saja menuruti lunas-lunas demokrsi sekular.

Jadi hak Abdul Hadi sebagai presiden yang halal, mempunyai kuasa sama banyak dengan kuasa yang ada kepada Anwar atau Lim Kit Siang untuk berbuat demikian. Soal idea Abdul Hadi itu ditentang oleh orang lain itu tidak berbangkit. Abdul Hadi kena selesaikan dulu masalah itu dalam partinya sebelum melaksanakanya. Kalau partinya majoriti tidak menyokong beliau boleh memansuhkan idea berkenaan. Idea berkenaan tidak boleh ditolak oleh kuasa individu, begitu juga tidak boleh dilaksanakan dengan kuasa individu melainkan mendapat kesepakatan dalam muktamar.

Sekiranya Abdul Hadi dan Pakatan Rakyat sekata untuk membuat penyelesaian, ia hendaklah dibuat secara bersama dan biarlah kali ini konkrit. Di akhir mesyuarat itu nanti boleh buat kenyataan bersama yang tegas mengenai sikap dan pendirian Pakatan Rakyat mengenai idea berkenaan. Jangan buat kenyataan berpisah-pisah.

Selepas itu jangan ada lagi ulasan mengenainya. Jangan disebut-sebut lagi. Kalaupun UBN hendaka bercakap nak puji atau keji, jangan layan. Sudah pasti dalam hal ini UBN akan cuba menimbulkan kekeruhan sesama Pakatan. Dengan cara begitu saja isu unity goverment ini dapat diselesaikan. Tetapi kalau masing-masing asyik bercakap dan mengatakan antara satu sama lain tidak mustahil isu berkenaan akan membawa masalah besar kepada Pakatan Rakyat.

Di sebelah malamnya pula akan berlangsung mesyuarat jawatankuasa kerja Pas Pusat. Mesyuarat ini juga penting dan ditunggu-tunggu ramai. Isunya juga mengenai unity government. Yang pasti apa menjadi fokus ialah tentang kenyataan dan aksi Mussyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu beberapa hari lalu yang mahukan Nasharudin Mat Isa meletakakan jawatan timbalan presiden, letak jawatan ahli parlimen Bachok dan keluar dari Pas sekiranya ingin meneruskan hasrat unity government. Kenyataan itu dilihat keras dan menambahkan lagi kekusutan dalam Pas.

Syarat dan kata-kata Nik Aziz itu dilihat melampau dan tidak diplomasi yang tidak sepatutnya diucapkan oleh lidah seorang Mursyidul Am. Mesyuarat akan mendapat pejalasan daripada kedua pihak Nik Aziz dan Nasharudin kenapa insiden yang memalu dan menyesalkan itu boleh berlaku.

Apa yang diharapkan penjelasan mengenai isu akan dapat diselesai dengan baik secara Islam dan anak beranak. Kedua pihak diharap dapat meralatkan kesalahan masing-masing dan tidak berkeras atas ego dan kuasa yang ada. Kita percaya ianya dapat diselesaikan kerana keduanya sudah mukayyi!

Seperti mana juga mengenai isu unity goverment tadi jangan pula selepas perkara itu diselesaikan pada mesyuarat itu, ada pula kenyataan dan soksek dibelakang. Mereka yang cuba menangguk di air keruh dengan isu ini juga perlulah sedar tindakan mereka haram dan tidak menguntngkan sesiapa juga. Nik Aziz diharapnya konsensus yang dibuat dalam mesyuarat itu nanti jangan pula berubah bila sampai di Kota Darulnaiam!

Sama seperti natijah diambil selepas mesyuarat Pakatan tadi satu kenyataan bersama melibatkan Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung bersama Naib-Naib Presiden hendaklah dibuat. Biarlah kenyataan itu bersifat bai’ah (mubahalah) di mana sesiapa yang melanggarnya nanti akan menerima musibah seperti dipanah petir sekitar konsensus yang diambil itu dimungkiri.________dari blog MSO